Politik Khidmat Bakti, ianya adalah sinonim dengan Parti Barisan nasional sejak dari dulu lagi mengamalkan gaya politik ini.
Walaupun hari ini sudah menjadi pembangkang sepenuhnya namun ianya tetap menjadi pilihan saya untuk meneruskan gaya politik khidmat bakti ini semampu yang boleh.
Cara ini juga salah satu faktor untuk saya lebih dekat bersama rakyat yang kurang mampu yang mana bagi saya mereka ini harus diberikan perhatian yang lebih memandangkan keupayaan mereka yang kurang untuk meneruskan kehidupan.

Saya menyerahkan kerusi Roda kepada En Mohd Mian Bin Mohd Jelani di Kampung Banting yang sudah 5 tahun duduk di kerusi roda kerana mengalami kemalangan jalan raya.

Saya juga memberi bantuan Katil Hospital kepada Puan Chumiaton Binti Tairin di Kampung Tebuk Mufrad.

Terima Kasih Kepada Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana hadir bersama – sama dengan saya untuk meringankan lagi beban yang mereka tanggung.


Semoga dengan sedikit bantuan ini mampu memberi sedikit kegembiraan kepada penerima.
#SungaiAirtawarDiHatiku










